Bantuan Warga Emas (BWE) dinaikkan kepada RM500 sebulan: Syarat-syarat & Cara memohon

Melalui Belanjawan 2021, pihak kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar Bantuan Warga Emas (BWE) dari RM350 kepada RM500 sebulan bagi membantu mereka yang memerlukan.

BWE pada asasnya adalah sebuah bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BWE: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Dalam masa sama, pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian berdekatan dengan tempat tinggal pemohon.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon atau wakil yang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat hendaklah membawa:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Borang permohonan juga boleh didapati DI SINI.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, boleh dirujuk di laman rasmi JKM (KLIK SINI).

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…