Kepada rakyat negeri Selangor, pihak kerajaan negeri melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan dan mengurangkan beban mereka yang terjejas.
Salah satunya termasuklah dengan memberkenalkan Bantuan Bina dan Baiki Rumah. Melalui program ini, akan terdapat dua kaedah pelaksanaan, iaitu:
- Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan di atas tapak asal rumah.
- Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada anak kelahiran Selangor ATAU pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari lima belas (15) tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun.
- Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan.
- Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU).
- Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
- Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya.
- Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah.
- Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan.
- Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan.
- Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki.
- Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir.
- Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan.
- Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah).
- Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
- Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan.
- Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
Cara Memohon
Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – KLIK SINI.
Kepada yang masih belum memiliki akaun di sistem berkenaan, pemohon perlu mendaftar dahulu di sistem tersebut sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.
Keputusan permohonan pula adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.
Maklumat terperinci berkenaan program ini boleh dirujuk DI SINI.