Elaun Mencari Pekerjaan sebanyak RM600: Syarat-syarat & cara memohon SIP PRIHATIN 2.0

Dalam usaha membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperkenalkan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Permulihan Ekonomi (SIP PRIHATIN 2.0).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan SIP PRIHATIN 2.0: –

SIP PRIHATIN 2.0

Tempoh aktiviti mencari pekerjaan itu adalah selama 3 bulan sebaik sahaja permohonan dikemukakan kepada PERKESO. Permohon yang diluluskan kemudiannya akan layak untuk menerima bantuan kewangan EMP SIP Prihatin 2.0 yang berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan.

Bayaran ketiga bagi Elaun Persediaan Bekerja (EPB) pula akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.

“Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama atau EMP yang kedua, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.

Sekiranya seorang itu mendapat kelulusan pertama pada 20 Julai 2021 dan mula bekerja pada 20 Januari 2022, bantuan tambahan EPB tidak akan dibayar kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan yang ditetapkan.” – Sumber PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

Berikut adalah jadual yang mejelaskan cara dan kelayakan penerima EMP:

Syarat-syarat Tambahan:

  • Setiap pemohon adalah wajib berdaftar, melengkapkan profil dan aktif membuat aktiviti pencarian di Portal MYFuturejobs mulai 1 Julai 2021.
  • Pemohon perlu menghadiri aktiviti temuduga sekurang-kurangnya tiga (3) kali sebulan melalui:
    • Program temuduga terbuka anjuran PERKESO adalah diutamakan. Maklumat temuduga boleh diperolehi melalui capaian INI atau;
    • Bersama anjuran majikan berdaftar dan yang telah mengiklankan jawatan di Portal MYFutureJobs atau;
    • Anjuran luar dan disahkan oleh majikan/agensi pekerjaan swasta
  • Pemohon perlu menghadiri sesi temuduga bersama tiga (3) majikan berbeza dalam tempoh masa yang sama atau hari yang berlainan
  • Pemohon menghadiri mana-mana temuduga yang diaturkan oleh majikan yang telah berdaftar di Portal MyFuturejobs.
  • Pemohon menghadiri mana-mana temuduga yang setara dengan kelayakan atau bersesuaian dengan pengalaman.

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon, pemohon adalah wajib berdaftar sebagai pencari kerja dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs. Pemohon juga hendaklah berdaftar di aplikasi PRIHATIN PERKESO (Google Play / App Store) bagi tujuan pembayaran elaun.

Setelah mendaftar, pemohon perlu mengemaskini aktiviti log bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFuturejobs mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan SIP PRIHATIN 2.0 dibuka sehingga 31 DISEMBER 2021.

Untuk maklumat terperinci berkenaan program ini, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…