Bayaran GKP 4.0 RM1,000 bermula September 2021 ~ Semakan status & kaedah bayaran

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu segenap golongan masyarakat yang terjejas akibat hambatan pandemik.

Ia termasuklah memperkenalkan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 yang diberikan kepada kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi membantu aliran tunai perniagaan mereka, di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Kepada yang diluluskan permohonan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 (2 fasa) di bawah GKP 4.0.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaannya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
    • Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
    • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
  • PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
    • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
    • Permohonan baharu GKP 4.0

Tarikh Pembayaran

Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat dengan dua fasa iaitu:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran GKP 4.0 akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Pemohon dalam masa sama , perlu memastikan akaun bank persendirian pemohon itu sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Semakan Status

Semakana status GKP 4.0 boleh dibuat di portal rasmi GKP – DI SINI.

Pemohon turut disarankan untuk membaca FAQ GKP 4.0 (DI SINI) bagi mengetahui dengan lebih teliti berkenaan bantuan tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan di talian Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara).

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…