Penceramah dari tokoh perniagaan hingga ke tokoh sukan: Jom sertai forum antarabangsa ini!

Boleh dikatakan, kehidupan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya telah banyak berubah selepas kehadiran pandemik Covid-19 pada akhir tahun 2019.

Ia juga memberikan kesan terhadap pasaran buruh dunia, akibat penutupan ekonomi sehingga membuatkan ramai kehilangan pekerjaan, kurang pendapatan, penutupan perniagaan dan sebagainya.

Menyedari perkara yang berlaku, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat julung kalinya akan menganjurkan International Public Employment Forum 2021 (IPEF 2021) selama dua hari pada 7 hingga 8 September ini.

Dengan bertemakan ‘Reviving, Realigning, and Rebuilding the Labour Market’, penganjuran forum ini akan menghimpunkan lebih 30 orang penceramah dari dalam dan luar negara – merangkumi ahli perniagaan, ahli ekonomi, selebriti sehinggalah lagenda sukan.

Antara nama yang terlibat adalah seperti Dato’ Sri Idris Jala (President & CEO PEMANDU Associates), Professor Dr Joachim Breuer (President International Social Security Association), Datuk Wira Hj Ameer Ali Mydin​ (Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd), dan Douglas Lim (Pelawak & Penyampai) dan ramai lagi.

Tak terlepas juga tiga orang pemain legenda bola sepak negara iaitu Dato Santokh Singh, Dato James Wong dan Dato Soh Chin Aun.

Para tokoh hebat ini nanti akan berkongsi pandangan mereka di forum tersebut mengenai langkah pembangunan semula ekonomi Malaysia pasca Covid-19.

Program ini dilihat sangat sesuai kepada segenap masyarakat Malaysia khususnya kepada mereka yang terlibat dalam pasaran buruh dan terkesan akibat hambatan pandemik.

Sehubungan dengan itu, pihak PERKESO menjemput para pekerja, pencari pekerjaan, majikan, usahawan, graduan, mahupun lepasan sekolah untuk menyertai program ini bagi mempersiapkan diri di kala keadaan yang penuh mencabar ini.

Untuk makluman, program ini akan berlangsung secara maya dan para peserta akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur. Malah, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!

Oleh itu, kepada yang berminat, pendaftaran penyertaan secara percuma boleh dibuat mulai sekarang – DI SINI.

Manakala, untuk maklumat lanjut, senarai penceramah dan agenda program pula boleh KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…