Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebahagian daripada inisiatif yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2021 dan ia telah pun dibayar kepada yang layak untuk Fasa 1 dan Fasa 2.
Bagaimanapun, terdapat juga permohonan BPR yang ditolak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atas beberapa pelbagai faktor yang antaranya adalah:
- Maklumat pengenalan pasangan atau anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon atau pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2,500.
- Pemohon atau pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian.
- Semakan agensi mendapati Pemohon atau Pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin (GKP).
- Semakan mendapati anak mempunyai pendapatan yang tinggi.
Terdapat pelbagai lagi faktor permohonan BPR ditolak, dan ia boleh dirujuk secara terperinci DI SINI. Disebabkan itu, pihak LHDNM telah membuka permohonan Rayuan BPR mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 lalu.
Bulan Pembayaran Rayuan BPR
Berkenaan dengan bulan pembayaran Rayuan BPR, ia boleh dirujuk berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu.
Dalam ucapannya itu – beliau ada mengatakan bahawa pembayaran Rayuan BPR akan dibuat pada bulan September 2021.
“… BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara 100 hingga 1,400 ringgit akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah 4.9 bilion ringgit.” – Petikan dari ucapan beliau, KLIK SINI.
Semakan Status
Bagi semakan status permohonan rayuan, ia boleh dibuat dengan mengikuti tatacara berikut:
- Lawat ke portal rasmi BPR
- Klik pada menu ‘MyBPR’
- Klik pada ‘Maklumat Rayuan’
- Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis (6 September 2021) – masih belum dimaklumkan sama ada keputusan rayuan telah dikeluarkan atau belum oleh pihak LHDNM.
Oleh hal demikian, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan Rayuan BPR turut boleh dilihat DI SINI.