MATRADE buka pengambilan jawatan untuk September 2021 ~ Umur calon tidak kurang 25 tahun

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di MATRADE adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEKERJA HARIAN SAMBILAN
    • Lokasi: Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.
  2. PEKERJA HARIAN SAMBILAN (UNIT FASILITI)
    • Lokasi: Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Seksyen Pengurusan Fasiliti, Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Teknikal atau Kejuruteraan Sivil atau Kejuruteraan Elektrikal atau Ukur Bangunan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mahir berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  • Mahir menggunakan perisian Microsoft Project, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint dengan baik.

 

Calon-calon yang memiliki kriteria berikut akan diberikan keutamaan bagi jawatan PEKERJA HARIAN SAMBILAN (UNIT FASILITI) :

    • Pernah terlibat secara aktif di dalam projek Kejuruteraan
    • Berpengetahuan di dalam pengurusan projek Kejuruteraan
    • Mempunyai ciri kepimpinan
    • Mempunyai sijil di dalam pengurusan projek

Bidang Tugas

PEKERJA HARIAN SAMBILAN (UNIT FASILITI) akan bertindak sebagai pasukan pengurusan projek Kejuruteraan bagi membantu Pengurus Projek untuk:

  • Membantu dalam pengemaskinian lukisan layout plan Menara MATRADE;
  • Membantu dalam pemantauan ke atas projek-projek naik taraf dan pembaikan;
  • Membantu untuk memasukkan input data dan maklumat berkaitan Inventori dan Aset Tak Alih MATRADE

Cara Memohon

Kepada yang berkelayakan dan berminat, permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume terkini ke alamat e-mel: [email protected]

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuguga.

Tarikh tutup permohonan pada 10 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT).

Iklan rasmi kekosongan jawatan boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…