UiTM buka lebih 60 kekosongan jawatan terkini ~ Gaji dari RM1,204 hingga RM14,063

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UiTM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

Lebih 60 jawatan dibuka untuk permohonan dengan tawaran gaji dari RM1,204 hingga RM14,063. Berikut adalah senarai sebahagian dari jawatan yang ditawarkan:

  1. PEGAWAI PERGIGIAN – UG41
  2. PEGAWAI OPTOMETRI – U41
  3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG – L41
  4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
  5. PEGAWAI PENILAIAN – W41
  6. PENOLONG BENDAHARI – W41
  7. PEGAWAI KESELAMATAN – KP41
  8. PENOLONG PENDAFTAR – N41
  9. PEGAWAI SUKAN – S41
  10. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
  11. PENOLONG GRAFIK – B29
  12. PEGAWAI EKSEKUTIF – N29
  13. JURU X-RAY – U29
  14. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP – JA29
  15. SETIAUSAHA PEJABAT – N29
  16. PEMBANTU KEMAHIRAN – H19
  17. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
  18. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN – W19
  19. PEMBANTU ARKIB – S19
  20. KERANI – N19

*Untuk senarai penuh jawatan-jawatan yang ditawarkan, rujuk DI SINI

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Untuk senarai penuh syarat-syarat kelayakan secara terperinci bagi setiap jawatan – KLIK SINI

Cara Memohon

Bagi yang berkelayakan dan berminat, pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 6 September 2021 hingga 24 September 2021, menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM10.

Pemohon perlu menyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN dan setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.

Permohonan secara dalam talian (online) seterusnya boleh dibuat di sistem E-Pengambilan Staf UiTM (KLIK SINI).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT).

Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Januari 2025: Kelayakan Minima Diploma

Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Januari 2025: Kelayakan Minima Diploma

Pada ketika ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan RM2,700 'one-off' Kepada B40: Maklumat Cara Memohon Geran Pelancaran 2025

Bantuan RM2,700 'one-off' Kepada B40: Maklumat Cara Memohon Geran Pelancaran 2025

Dalam dunia yang semakin mencabar, masih terdapat ramai individu dan keluarga yang bergelut untuk memenuhi keperluan asas kehidupan seperti makanan,…
Bantuan Am Kerajaan Dinaikkan Kepada RM500 Setiap Bulan: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Bantuan Am Kerajaan Dinaikkan Kepada RM500 Setiap Bulan: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Golongan B40 atau 40 peratus kelompok pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi fokus utama dalam pelbagai dasar dan program kerajaan.…