Bantuan bulanan sehingga RM500: Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan program bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Bantuan ini diperkenalkan bagi:

  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebanyak RM250 sebulan untuk seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan bagi sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan ini diberikan kepada keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian terdekat dengan tempat tinggal pemohon dengan mengisi borang permohonan (KLIK SINI).

Bagi memudahkan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Maklumat terperinci berkenaan bantuan ini, boleh juga dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…