Pelbagai kekosongan jawatan terkini dibuka di PKPS ~ Gaji dari RM1,200 hingga RM10,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di PKPS Management Services Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh PKPS) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENGURUS KOMUNIKASI STRATEGIK 
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM3,500 – RM10,000
    • Penempatan: Ibu Pejabat PKPS, Shah Alam, Selangor
  2. PENOLONG PENGURUS TERNAKAN
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM5,672
    • Penempatan: Ladang PKPS, Jelutong Jati, Jalan Tanjung Malim, Sungai Besar, Selangor.
  3. PEKERJA AM
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,200 (permulaan)
    • Penempatan: Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Boleh bekerja secara berdikari, pengawasan minimum dan berdisiplin.
  • Rajin, berdaya saing, bertanggungjawab dan berdedikasi tinggi.

*Senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, pemohonan boleh dikemukakan dengan menghantar surat permohonan (dinyatakan jawatan yang dimohon) dan resume ke alamat e-mel: [email protected]atau boleh juga dihantar kepada:

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN BHD, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, Wisma PKPS, Tingkat 10-11, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675, Shah Alam, Selangor.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 17 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…