BPR Fasa 3 tidak melibatkan golongan bujang ~ Jumlah bayaran setiap kategori & kaedah bayaran

Setelah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 dan 2 selesai, kini mereka yang layak hanya perlu menunggu pembayaran Fasa 3 yang dijangka pada bulan September ini.

Ia berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) – bahawa pembayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan pada September 2021 (KLIK SINI untuk ucapan penuh).

Akan tetapi, pembayaran BPR Fasa 3 hanya melibatkan penerima isi rumah dan bukannya golongan bujang – kerana golongan berkenaan hanya layak untuk menerima BPR di Fasa 1 dan Fasa 2 sahaja.

Kadar Bayaran

Terdapat dua jenis penerima yang akan menerima BPR Fasa 3 iaitu: –

Isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021: 

Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa 1:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BPR akan dilaksanakan dengan dua cara iaitu:

  1. Pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
  2. Secara tunai di Kaunter BSN bagi yang:
    • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
    • Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

 

Maklumat terperinci berkenaan BPR, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…