Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL – GRED DV41
- Gaji: RM2,322 – RM9,643
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL – GRED DV29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG JURUTERA – GRED JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41/DV42.
- Memiliki kelayakan Sijil Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan untuk jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional – Gred DV29.
- Memiliki kelayakan Sijil dalam bidang kejuruteraan untuk jawatan Penolong Jurutera – Gred JA29
*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 26 SEPTEMBER 2021.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh rujuk DI SINI.