JAKIM buka lebih 20 kekosongan jawatan terkini ~ Terbuka di pelbagai negeri

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – GRED S19
    • Tugas: Sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)
    • Gaji: RM1,352 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Pahang (3), Selangor (2), Johor (2), Perak (1) & Kelantan (1).
  2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – GRED S19
    • Tugas: Penyelia KAFA
    • Gaji: RM1,352 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Sabah (2), Sarawak (2), Kelantan (2), Perak (2), Kedah (1), Johor (1), Pulau Pinang (1) & Selangor (1).
  3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM – GRED S29
    • Tugas: Sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
    • Gaji: RM1,493 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Terengganu (1) & Perlis (1).
  4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – GRED S19
    • Tugas: Sebagai Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK)
    • Gaji: RM1,352 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Sarawak (1).
  5. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
    • Gaji: RM1,264.15 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Sarawak (1).
  6. PENERBIT RANCANGAN – GRED B41
    • Gaji: RM2,095 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Wilayah Persekutuan Putrajaya (2) & Sabah (1).
  7. PENERBIT RANCANGAN – GRED B19
    • Gaji: RM1,360 (minima)
    • Penempatan & kekosongan: Wilayah Persekutuan Putrajaya (2).

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh didapati DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di sistem SPA9, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 30 SEPTEMBER 2021, KHAMIS (11.59 malam).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…