Sewa serendah RM124 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon Rumah IKRAM KPKT

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT untuk rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik yang melanda.

Kadar sewa paling minimum untuk program ini adalah RM124/sebulan. Program ini juga bertujuan untuk:

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat C-19.
  • Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

Projek-projek Rumah IKRAM

Sebagai langkah permulaan, program inu telah dibuka di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor. Berikut adalah senarai projek yang terlibat:

  1. PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  2. PPR Lembah Subang 2, Selangor
  3. PPR Amanjaya, Kedah
  4. PPR Kota Setar, Kedah
  5. PPR Sinar Intan 3, Kedah
  6. PPR Kota Bharu, Kelantan
  7. PPR Gua Musang, Kelantan
  8. PPR Sg. Melana 2, Johor

Ciri-ciri Rumah

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Permohonan

Program ini adalah terbuka kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik C-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat di portal TEDUH KPKT.

Pemohon boleh memilih projek-projek Rumah IKRAM di portal berkenaan, membaca butiran terperinci mengenainya dan memohon secara atas talian pautan yang disediakan – KLIK SINI.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan Rumah IKRAM KPKT juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…