Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di PKZ Pahang ~ Kelayakan dari PMR hingga Diploma

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI PENGURUSAN HARTA DAN PENILAI
    • Taraf: Tetap
    • Kekosongan: Lelaki/Perempuan (1)
  2. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT
    • Taraf: Tetap
    • Kekosongan: Lelaki (2)
  3. PEMBANTU TADBIR
    • Taraf: Tetap
    • Kekosongan: Lelaki/Perempuan (7)
  4. PEMANDU
    • Taraf: Kontrak
    • Kekosongan: Lelaki (2)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputern (kecuali jawatan Pemandu).

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan (muat turun DI SINI) dan melengkapkannya bersama resume, sekeping gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, sijil lahir pemohon, ibu dan bapa, sijil-sijil kelayakan akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang diakui sah.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP,
Jalan Mahkota,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Calon juga perlu menulis nama jawatan yang dimohon pada sebelah kiri sampul surat. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga

Tarikh tutup permohonan pada 15 OKTOBER 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…