Bantuan RM300 untuk 3 bulan: Jadual pembayaran & semakan status PRIHATIN Kasih

Seperti mana yang diumumkan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai PRIHATIN Kasih.

Melalui inisiatif ini, mereka yang layak akan menerima elaun RM100 sebulan selama 3 bulan (RM300) yang dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad masing-masing bagi membeli barang makanan asas di kedai runcit terpilih.

Ketika ini, terdapat 250 rakan runcit yang terlibat dengan program ini, termasuklah antaranya seperti – Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Jadual Pembayaran

Berdasarkan maklumat, pembayaran PRIHATIN Kasih telah pun bermula sejak bulan Julai lalu membabitkan negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk negeri-negeri lain pula, ia adalah seperti berikut:

Dengan merujuk infografuik di atas, bagi negeri Pahang, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya akan bermula pada September atau Oktober 2021.

Semakan Status

Berkenaan dengan kelayakan menerima bantuan ini, penerima sebenarnya telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Oleh hal demikian, bantuan ini tidak akan melibatkan sebarang permohonan.

Bagi penerima yang telah dikenalpasti, mereka akan menerima SMS dari pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan status kelulusan juga boleh dibuat secara atas talian – DI SINI.

Untuk maklumat terperinci berkenaan bantuan ini, boleh rujuk di laman rasmi MyKasih (KLIK SINI).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…