BPR Fasa 3 mula dibayar pada hujung bulan ini ~ Jumlah bayaran setiap kategori & kaedah bayaran

Seperti mana yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, pihak kerajaan telah pun memperkenalkan bantuan kewangan kepada rakyat yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan ini diberikan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000 bagi meringankan beban mereka ketika keadaan pandemik yang melanda.

Buat ketika ini, hanya tinggal BPR Fasa 3 yang masih berbaki kerana BPR Fasa 1 dan 2 telah pun diberikan kepada yang layak pada bulan Februari dan Mei lalu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BPR Fasa 3: –

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – pembayaran BPR Fasa 3 akan dibayar secara bersekali dengan Rayuan BPR pada hujung bulan ini (September 2021).

KEMASKINI: Pembayaran BPR FASA 3 & RAYUAN BPR akan bermula pada 28 September 2021 dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Malah, semakan Rayuan BPR juga telah boleh dibuat bermula pada 18 September lalu di laman rasmi BPR – KLIK SINI. Berikut adalah tatacara semakan rayuan:

  • Pergi ke laman rasmi BPR
  • Klik pada menu ‘MyBPR’
  • Klik pada ‘Maklumat Rayuan’
  • Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan

Jumlah Bayaran BPR Fasa 3

Pembayaran BPR Fasa 3 hanya terbuka kepada penerima isi rumah sahaja dan tidak melibatkan golongan bujang. Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima berdasarkan kategori: –

Isi rumah penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Isi rumah penerima bagi Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa Pertama

Kaedah Bayaran

Berkenaan kaedah pembayaran, ia akan dibuat dengan dua cara iaitu:

  • Berjaya Kredit ke akaun
    • Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
  • Tunai di Kaunter BSN (Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya):
    • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
    • Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

 

Maklumat terperinci dan tepat berkenaan BPR juga boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…