Kadar bantuan RM100 sehari selama 14 hari: Syarat-syarat & cara memohon Bantuan Khas NADMA

Dalam usaha membantu rakyat yang berdepan dengan ancaman pandemik, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah memperkenalkan Bantuan Khas C-19 yang bertujuan membantu individu yang hilang pendapatan ketika dalam tempoh kuarantin.

Melalui bantuan khas ini, mereka yang layak boleh menerima RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari secara ‘one off’ dalam tempoh penularan jangkitan C-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Bantuan Khas ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;
    • Menerima Perintah Kuarantin C-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). ATAU
    • Menjalani rawatan C-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)

 

Bagaimanapun, bantuan khas ini tidak layak diterima oleh mereka yang:

  • Bukan Warganegara Malaysia.
  • Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran C-19.

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon, ia boleh dibuat dengan:

  • Membaca garis panduan dengan teliti (DI SINI)
  • Menyertakan dokumen-dokumen wajib:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin C-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana C-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  • Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut:
    • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A) – DI SINI
    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) – DI SINI
    • Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris. DI SINI

 

Pemohon juga perlu memastikan borang dan dokumen yang dihantar adalah jelas, terang dan boleh dibaca. Ini kerana, permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas.

Permohonan seterusnya perlu dihantar kepada pihak NADMA melalui salah satu cara berikut:

  • Melalui pos: Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas C-19)
  • Melalui e-mel: [email protected]
  • Melalui atas talian: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

 

Para pemohon juga dinasihati untuk tidak membuat permohonan berulang bagi mengelakkan kelewatan proses kelulusan.

Maklumat terperinci berkenaan bantuan ini turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…