Cadangan Skim i-Survive sehingga RM5,000 dapat perhatian: Ini penjelasan tentangnya

Beberapa minggu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mencadangkan sebuah inisiatif dikenali sebagai Skim i-Survive bagi membantu rakyat yang terjejas akibat hambatan pandemik.

Skim i-Survive pada asasnya adalah sebuah pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai sebagai langkah membantu rakyat dan menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara.

Ia juga dicadangkan untuk dimanfaatkan oleh golongan B40 dan M40 yang boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.”- Datuk Seri Najib Razak, katanya di Dewan Rakyat, petikan dari KOSMO.

Mengulas perkara berkenaan, Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan, cadangan tersebut perlu dikaji dan disesuaikan terutama untuk individu yang mahu memulakan kehidupan baharu.

Beliau menambah, pinjaman yang diberikan kepada rakyat selalunya akan terus digunakan, sekali gus menaikkan tingkat kecairan kewangan dan menyemarakkan ekonomi serta bakal memberikan kesan berganda.

“Golongan ini memerlukan modal asas untuk memulakan kehidupan baharu. Jumlah pinjaman yang akan diberikan juga perlu sesuai, tidak seperti bantuan sara hidup.

“Jadi saya setuju dengan cadangan asas skim i-Survive ini, tapi ia perlu dikaji secara terperinci untuk menjadikannya lebih kukuh sebelum diumum dan dilaksanakan nanti,” – katanya, petikan dari Sinar Harian.

Selain itu, Datuk Seri Najib Razak turut mencadangkan kerajaan supaya menaikkan pengeluaran wang KWSP melalui i-Citra kepada RM10,000.

Tetapi, cadangan itu datang dengan syarat bahawa kerajaan akan bersungguh menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaaan kepada syarikat milik KWSP.

Sumber: KOSMO & Sinar Harian.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…