KEDA buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji permulaan sehingga RM1,770.95

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    • Gaji permulaan: RM1,493 – RM1,770.95
  2. PEMBANTU SETIAUSA PEJABAT – N19
    • Gaji permulaan: RM1,352 – RM1,464.80
  3. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL – DV19
    • Gaji permulaan: RM1,435.12 – RM1,493.24

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan bekelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem E-Jawatan KEDA (DI SINI).

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dulu di sistem berkenaan dan memberikan maklumat diri secara terperinci, tepat dan benar bagi memudahkan urusan permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 10 OKTOBER 2021 (AHAD). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…