Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PENOLONG PEGAWAI PENTADBIRAN
- Bahagian: Bahagian Operasi Pasaran
Syarat-syarat Kelayakan
- Memiliki sekurangnya Diploma pentadbiran awam / pengurusan pejabat / pengurusan perniagaan atau setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki minimum 2 tahun pengalaman bekerja sebagai pengurusan pejabat;
- Memiliki pengalaman dalam sistem pemfailan dan kerja pentadbiran;
- Seorang yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris;
- Mempunyai pengetahuan dalam penggunaan komputer dan Microsoft Office (MS Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).
Calon yang berpotensi mesti memiliki ciri-ciri berikut:
- Seorang yang presentable dan berkeyakinan;
- Mempunyai sikap, kemahiran komunikasi dan hubungan yang baik dengan orang ramai;
- Etika kerja yang cemerlang, dengan rasa tanggungjawab, komitmen dan disiplin yang baik;
- Seorang yang teliti dalam kerja, dengan perhatian yang terperinci;
- Bertanggungjawab dan rajin;
- Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan dan dengan semua lapisan masyarakat;
- Mampu bekerja secara bebas dan proaktif dalam menjalankan tugas sehari-hari;
- Bersedia untuk belajar dan mampu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan;
- Rekod kehadiran harian yang baik;
- Mempunyai rasa urgensi yang kuat;
- Mampu bekerja di luar waktu pejabat.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume dan butiran diri (nyatakan jawatan yang dimohon) kepada SEDA di alamat e-mel: [email protected] atau secara pos ke alamat:
Chief Executive Officer
Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia
Galeria PjH, Level 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
(Attn: Director of HR&A)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 08 OKTOBER 2021.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.