Kekosongan jawatan terkini di SPANP ~ Kelayakan minima PMR, Gaji sehingga RM2,983

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU OPERASI – GRED N11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kekosongan: 7
  • Gaji: RM1,216 – RM2,983

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia, khususnya warga Negeri Pahang;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)];
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai keterampilan yang baik;
  • Mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bekerja;
  • Mempunyai bakat kepimpinan;
  • Mempunyai jati diri cemerlang;
  • Mempunyai kelayakan yang sesuai dengan jawatan.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh di buat secara atas talian di Portal SPA Pahang – DI SINI.

Calon dikehendaki untuk memberikan maklumat yang tepat dan benar ketika mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 13 OKTOBER 2021 (RABU), 11:59 MALAM. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…