Rayuan BPR Tambahan PEMERKASA+ sehingga RM500: Bayaran setiap kategori & semakan status

Kepada yang telah membuat Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan permohonannya telah diluluskan – pembayaran telah pun dibuat pada akhir bulan lalu.

Dalam masa sama, pembayaran rayuan ini juga akan membabitkan pembayaran BPR Tambahan bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya:

Jumlah Bayaran

Nilai Bantuan BPR Tambahan adalah berbeza mengikut status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak:

  • RM500 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
  • RM300 – Isi rumah dengan pendapatan RM2,501 – RM5,000.
  • RM100 – Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • RM100 – Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Tarikh Bayaran

Bagi penerima Rayuan BPR, berdasarkan maklumat dari LHDNM – mereka akan menerima bayaran BPR Tambahan mulai tarikh:

  • Ada Akaun (BSN) – Bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat.
  • Ada Akaun (selain BSN) – Bayaran mulai 4 Oktober 2021 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 4 Oktober 2021.

Semakan Status

Bagi yang telah membuat rayuan, semakan status rayuan boleh dibuat di laman rasmi BPR – DI SINI.

Berikut adalah tatacaranya:

  • Log masuk ke laman web BPR – DI SINI
  • Klik pada butang “Semak Status”
  • Lihat status rayuan atau status bayaran

 

Maklumat terperinci berkenaan BPR Tambahan juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…