BKC Fasa 2 hanya libatkan satu kategori penerima: Semakan & jumlah yang bakal diterima

Di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Antaranya termasuklah Bantuan Khas C-19 (BKC) yang merupakan bantuan kewangan khusus kepada golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.

BKC ini akan berjalan sebanyak tiga fasa dan Fasa 1 telah pun selesai pada akhir September lalu. Berkenaan Fasa 2 pula, ia tidak melibatkan semua kategori. Berikut adalah penjelasannya: –

Kategori Fasa 2 & kadar bayaran

BKC Fasa 2 akan hanya akan melibat satu kategori sahaja iaitu kategori Miskin Tegar, dengan bayaran sebanyak:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

 

Apa yang pasti, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia dilaksanakan secara automatik kepada yang layak berdasarkan semakan data – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & eKasih, Permohonan BPR 2021 dan Percukaian (LHDNM).

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari LHDNM – pembayaran BKC Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan November 2021. Akan tetapi, tarikh sebenar mula pembayaran masih belum dimaklumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kaedah pembayaran BKC Fasa 2 juga adalah sama seperti sebelumnya iaitu melalui:

  1. Miskin Tegar & B40: Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  2. M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Semakan BKC

Untuk maklumat lebih lanjut tentang jumlah bayaran BKC yang diterima, anda boleh membuat semakan status di laman rasmi BKC – DI SINI.

Penerima hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan, mengesahkan Kata Kunci dan mengisi kata laluan di ruang yang disediakan.

Maklumat terperinci berkenaan BKC juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…