“Rakyat dalam keadaan terdesak”: Kerajaan perlu segera benarkan pengeluaran i-Citra RM10,000

Pihak kerajaan diminta supaya membuat keputusan segera bagi membenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 tanpa menunggu pengumuman Belanjawan 2022.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tetap kekal konsisten dalam menuntut perkara tersebut seperti mana yang diperjuangkan sebelum ini.

“Ramai yang berterusan mesej saya untuk terus perjuangkan isu pengeluaran KWSP i-Citra RM10 ribu secara ‘one-off’. Ya, saya dan Pemuda UMNO tidak pernah berhenti untuk terus mendesak dan follow-up juga follow-through mengenai #TuntutanRAKYAT kepada Kerajaan terutamanya Menteri Kewangan agar mempercepatkan keputusan tersebut (tidak perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022), kerana rata-rata rakyat dalam keadaan terdesak.” – Petikan dari hantarannya di Facebook.

Dalam masa sama, terdapat segelintir pihak yang bersikap sinis terhadap usaha Pemuda UMNO itu dengan mengatakan pihaknya perlu memikirkan desakan lain kepada kerajaan seperti mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pasca pandemik.

Asyraf dalam reaksinya berkata:

“Inipun saya setuju cuma sebagaimana hujahan saya sebelum ini, selain pendekatan jangka panjang tersebut; rakyat perlukan ‘safety net’ atau jaminan jaringan keselamatan jangka pendek seperti kebenaran mengeluarkan sebahagian kecil daripada simpanan hari tua mereka bagi membolehkan mereka bernafas dalam keadaan pandemik dan memulakan kehidupan baharu selepas ini.” – Petikan dari hantarannya di Facebook.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membangkitkan perkara sama di Dewan Rakyat, selain mencadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.

Dalam masa sama, pihak KWSP dalam satu kenyataan baru-baru ini menzahirkan kebimbangan apabila data mendapati sebanyak 46 peratus ahlinya yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

“Pandemik C-19 telah mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus kepada 27 peratus susulan pengeluaran dibuat bagi menampung pendapatan semasa krisis itu.” – Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sumber: Asyraf Wajdi (FB), KOSMO & Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…