Syarat-syarat & cara memohon bantuan bulanan dari RM100 hingga RM350 sebulan

Dalam usaha meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan.

Salah satunya termasuklah Bantuan Am Persekutuan yang bertujuan membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:-

Kadar Bantuan

Bantuan Am Persekutuan diberikan kepada yang layak dengan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk seorang dan maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

 

Dalam masa sama, untuk maklumat kelayakan bantuan lebih lanjut dan terperinci, pemohon disarankan untuk datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat atau menghubunginya mengikut daerah tempat tinggal pemohon (KLIK SINI untuk senarai No Tel).

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi kelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI).

Pemohon turut dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan bagi memudahkan proses permohonan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Bagi maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ia juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…