BKC Fasa 2 & 3 tidak melibatkan semua kategori penerima: Kadar bayaran & kategori yang terlibat

Seperti mana yang semua sedia maklum, pembayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) untuk Fasa 1 telah pun selesai pada bulan September lalu dengan melibatkan kategori penerima Miskin Tegar, B40 dan M40.

Oleh hal demikian, ketika ini hanya tinggal pembayaran BKC untuk Fasa 2 dan Fasa 3 yang perlu dibayar kepada yang layak.

Dalam masa sama, pembayaran untuk kedua-dua fasa ini tidak melibatkan semua kategori penerima seperti mana Fasa 1. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya: –

Kategori Penerima & Kadar Bayaran

Bagi pembayaran Fasa 2, ia hanya akan melibatkan satu kategori penerima iaitu Miskin Tegar.

Bayaran yang diterima adalah seperti di bawah:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE): RM300
  • Bujang: RM300

 

Manakala, pembayaran Fasa 3 pula akan melibatkan dua kategori penerima iaitu Miskin Tegar dan B40, dengan jumlah bayaran sebanyak:

  • Isi rumah (Miskin tegar): RM300
  • Isi rumah (Miskin tegar): RM300

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKC Fasa 2 dan Fasa 3, masing-masing akan dibayar pada bulan November dan Disember 2021.

Dalam masa sama, sehingga artikel ini ditulis – pihak kerajaan masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semakan BKC

Bagi mereka yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian di laman rasmi BKC – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan dan membuat semakan kelulusan BKC.

Info dan maklumat terperinci berkenaan BKC boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…