Bantuan bina rumah atas tanah sendiri: Cara memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk B40

Memetik laporan Berita Harian pada minggu lalu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kini menyasarkan untuk membina 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu kerajaan mengurangkan masalah perumahan.

RMR pada asasnya diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Ciri-ciri RMR

Berkenaan ciri-ciri RMR, ia akan dibina sebagai Rumah Sebuah Satu Tingkat dengan dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Keluasan rumah pula adalah dari 1,000 KPS, 850 KPS, 750 KPS, dan 900 KPS.

Untuk gambaran ciri-ciri lebih lengkap, boleh lihat rajah di bawah:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000;
  • Pemohon & pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak bersesuaian & bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps 6 (tertakluk kepada rekabentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

*Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

Cara Memohon RMR

Bagi yang ingin memohon, permohonan RMR boleh dibuat secara atas talian (online) di RMR Online (KLIK SINI).

Berikut adalah tatacaranya:

  • BUKA LAMAN WEB RMR ONLINE (DI SINI).
  • KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
  • PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  • LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  • MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem.
  • SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
  • MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
  • SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB – Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

 

Selain itu, permohonan RMR juga boleh dikemukakan dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Bagi maklumat terperinci berkenaan RMR, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…