Bantuan RM300 untuk beli barangan dapur kepada B40 ~ Cara pelaksanaan & semakan kelayakan

Dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan, pihak kerajaan pada tahun ini telah memperkenalkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Di bawah PEMERKASA, terdapat satu program bantuan yang dikenali sebagai Program PRIHATIN Kasih, yang pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan kos sara hidup golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan melalui MyKad masing-masing. Dengan menggunakan konsep ‘pembayaran tanpa tunai’ penerima boleh menggunakan MyKad mereka itu untuk membeli barangan dapur di kedai atau pasaraya terpilih (KLIK SINI untuk senarai premis terlibat).

Kelayakan PRIHATIN Kasih

Berkenaan dengan kelayakan terlibat dalam program bantuan ini, sebenarnya mereka yang layak telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih yang disemak silang dengan data BPR.

Makanya, program ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan mereka yang layak akan menerima SMS daripada pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Akan tetapi, semakan juga boleh dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi MyKasih – DI SINI.

Pembayaran PRIHATIN Kasih

Pembayaran Program PRIHATIN Kasih dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan negeri-negeri penerima. Bagi penerima dari Selangor dan Kuala Lumpur – elaun telah pun dikreditkan ke MyKad masing-masing pada bulan Julai hingga September 2021.

Manakala, untuk negeri-negeri lain pula, ia boleh dirujuk berdasarkan infografik di bawah:

Penerima elaun PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan yang diberikan sehingga akhir tahun ini (31 Disember 2021).

Baki elaun yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh – 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…