Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
VIDEOGRAPHER / EDITOR
- Pengambilan: Personel MySTEP
- Gaji: RM2,000/sebulan
- Tempoh: 2 – 3 bulan (Pelanjutan tempoh kontrak bagi tahun 2022 akan dipertimbangkan berdasarkan prestasi kerja)
- Kemudahan: Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO
Syarat-syarat Kelayakan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
- Berkebolehan menggunakan perisian multimedia dan rekabentuk seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere dan Adobe After Effect dan mengendalikan media sosial;
- Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dalam menghasilkan grafik dan video serta mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan videografi.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume, gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon), salinan sijil SPM dan Ijazah/setaraf ke alamat:
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Unit Komunikasi Korporat
Aras 7, Blok F9, Kompleks F
Presint 1, Lebuh Perdana Timur
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. : Puan Norisah binti Mingun)
*setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda * Personel MySTEP – Videographer / Editor* di sebelah kiri atas sampul.
ATAU secara e-mel kepada: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup pemohonan adalah pada 25 OKTOBER 2021.