Bantuan baik pulih & bina rumah baru untuk mereka yang berumur 45 tahun dan ke atas

Rumah adalah salah satu keperluaan asas utama kepada manusia sebagai tempat berlindung dan hidup dalam komuniti. Peka dengan keperluan itu, kerajaan negeri Perak telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Sayangi Rumahku.

Program ini pada asasnya adalah bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan:-

Konsep bantuan

Sayangi Rumahnya adalah sebuah program bantuan perumahan tanpa bayaran, iaitu sama ada untuk baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.

Kategori Sayangi Rumahku

  • Baik pulih:
    • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
    • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
  • Bina rumah baru:
    • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin;
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak;
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung;
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru);
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain;
  • Status Pemilikan rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih).

Cara memohon

Kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan – muat turun DI SINI. Borang permohonan juga boleh diambil di:

  • Pejabat Yayasan Perak;
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat);
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu.

 

Selepas borang siap diisi, pemohon perlu melampirkannya bersama dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan;
  • Penyata pendapatan pemohon;
  • Penyata pendapatan pasangan / waris;
  • Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah;
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

 

Dan dihantar ke alamat:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-255 2929
No. Faks : 05-253 1701

Maklumat lanjut dan lengkap mengenai bantuan ini boleh dirujuk di portal rasmi Yayasan Perak – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…