Temuduga terbuka pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation Berhad: Gaji sehingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Sime Darby Plantation Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan kekosongan jawatan ini akan melalui temuduga terbuka anjuran Pejabat PERKESO Taiping dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga yang akan diadakan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMANDU JENTERA
    • Jantina: Lelaki
    • Gaji: RM1,500
    • Faedah: Elaun pemandu
  2. PEKERJA AM LADANG
    • Jantina: Lelaki/Perempuan
    • Gaji: RM1,300
    • Faedah: Elaun latihan
  3. PEMOTONG BUAH SAWIT
    • Jantina: Lelaki
    • Gaji: RM2,000
    • Faedah: Elaun latihan
  4. PENOLAK BUAH
    • Jantina: Lelaki
    • Gaji: RM1,700
    • Faedah: Elaun latihan
  5. PENGUTIP BIJI RELAI
    • Jantina: Lelaki
    • Gaji: RM1,800
    • Faedah: Elaun latihan

 

Penempatan bagi kekosongan jawatan adalah di: Ladang Holyrood Selama, Perak. 

Maklumat Temuduga

Temuduga terbuka ini akan dilaksanakan secara atas talian (online), seperti berikut:

  • Tarikh: 27 Oktober 2021 (Rabu)
  • Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Medium: Aplikasi Cisco Webex

 

Untuk temuduga melalui aplikasi Cisco Webex, pautan, id dan kata laluan akan diberikan melalui e-mail selepas peserta berjaya membuat pendaftaran temuduga dalam talian.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat DI SINI dengan mengisi maklumat e-mel, butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta.

Tarikh tutup pra-pendaftaran temuduga adalah pada 26 OKTOBER 2021 (Selasa) jam 5.00 petang. Calon yang membuat pendaftaran selepas pada tarikh tersebut tidak akan menerima e-mel jemputan ke Lobby Room.

Untuk sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pegawai bertugas, En. Hanis di talian: 019-2817403.

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…