BKP RM500 secara ‘one-off’ mula dibayar pada hari ini: Semak kelulusan sekarang

Bayaran Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula dikreditkan kepada penerima pada 26 Oktober 2021.

BKP pada asasnya melibatkan pembayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’ yang diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata – kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik C-19 sentiasa terbela.

Semua bantuan ini juga akan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Semak Kelulusan

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, BKP tidak melibatkan sebarang permohonan kerana penerima akan dikenal pasti berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

Oleh itu, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKP – DI SINI.

Malah, pengguna juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) berkenaan BKP yang dimuat naik di portal berkenaan.

Diharapkan, pemberian bantuan kewangan BKP ini dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang terkesan akibat kehilangan pendapatan di kala suasana pandemik yang melanda.

Info lanjut dan terperinci berkenaan BKP boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…