Temuduga tertutup pelbagai jawatan di pelbagai syarikat: Tawaran gaji sehingga RM2,800

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang akan mengadakan temuduga tertutup dalam talian bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Temuduga tertutup ini akan melibatkan pelbagai buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga yang akan diadakan: –

Maklumat Jawatan

  1. NINJA LOGISTIC SDN BHD: 
    • Ketua Stesen (SPM & ke atas, Gaji: RM2,400++)
    • Penunggang Sambilan (SPM, Gaji berdasarkan komisyen)
    • Pemandu Sambilan (SPM, Gaji berdasarkan komisyen)
  2. LEXIS SUITES PENANG (KL METRO LAND DEVELOPMENT SDN BHD):
    • Juruteknik (Sijil/setaraf, Gaji: RM1,500 RM1,700 + Elaun)
    • Junior Commis (Sijil/setaraf, Gaji: RM1,400 – RM1,600 + Elaun)
    • Commis (Sijil/setaraf, Gaji: RM1,500 – RM1,700 + Elaun)
    • Chef De Partie(Sijil/setaraf, Gaji: RM1,800 – RM2,000 + Elaun)
    • Pelayan (Sijil/setaraf, Gaji: RM1,400 – RM1,600 + Elaun)
    • Bartender (Sijil/setaraf, Gaji: RM1,600 – RM1,800 + Elaun)
    • Penyelia Pengemasan (SPM/setaraf, Gaji: RM2,000 – RM2,200 + Elaun)
    • Pembantu Kawasan Awam (SPM/setaraf, Gaji: RM1,400 – RM1,600 + Elaun)
    • Pembantu Lobi Kedai (SPM/setaraf, Gaji: RM1,400 – RM1,600 + Elaun)
    • Steward (PMR/SPM, Gaji: RM1,400 – RM1,600 + Elaun)
    • Pembantu Pengemasan (PMR/SPM, Gaji: RM1,400 – RM1,600 + Elaun)
  3. KAYEL RUBBER PRODUCTS SDN BHD:
    • Pembantu Kawalan Kualiti (SPM/Sijil, Gaji: RM1,500 – RM2,800)
    • Operator Pengeluaran (SPM/Sijil, Gaji: RM1,300 – RM2,500)
  4. ULTIMATE MANUFACTURING SOLUTIONS (M) SDN BHD:
    • Juru mesin (SPM/Diploma, Gaji: Berdasarkan pengalaman)
    • Operator (SPM/Sijil, Gaji: RM1,300 + Elaun OT)
  5. TAIYO RESORT SDN BHD(PENANG GOLF CLUB):
    • Pembantu Dapur (SPM, Gaji: RM1,200 + Elaun OT)

 

Maklumat Temuduga

Temuduga untuk jawatan-jawatan di atas akan dilaksanakan secara atas talian (online).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 OKTOBER 2021 (SABTU). 

Calon yang layak kemudiannya akan dihubungi untuk temuduga dalam talian sebelum 31 OKTOBER 2021.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang permohonan berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pegawai bertugas, En. Muhammad Fariq Fazmie di talian: 013-8514983 atau melalui e-mel di: [email protected]

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…