Di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pelbagai bantuan telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Antaranya termasuklah inisiatif SIP PRIHATIN 2.0 yang memberikan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada mereka yang sedang mencari kerja di kala suasana pendemik yang melanda.
Malah, kerajaan juga telah bersetuju untuk meluaskan pemberian elaun ini kepada individu yang menggangur dan merupakan bukan pencarum PERKESO seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
Kaedah Pelaksanaan
Secara asasnya, tempoh aktiviti pencarian pekerjaan yang melayakkan EMP adalah selama 3 bulan, bermula sebaik sahaja permohonan dikemukakan. Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan EMP yang berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja.
Kepada mereka yang menghadiri temuduga dan diterima masuk bekerja, mereka akan menerima sumbangan khas sebanyak RM400 di bawah SIP PRIHATIN 2.0.
Untuk gambaran lengkap kaedah pelaksaan, boleh dirujuk di bawah:
Cara Memohon
Kepada yang ingin memohon, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Daftar & Lengkap Profil di Portal MYFutureJobs (KLIK SINI);
- Langkah 2: Daftar di Aplikasi PERKESO (Play Store/ App Store) bagi tujuan bayaran insentif mengikut kelayakan;
- Langkah 3: Hadiri Program Temuduga & Kemaskini Log Aktiviti di Portal MYFutureJobs;
- Akaun Pengesahan Syarikat perlu dilampirkan sekiranya menghadiri program temuduga bukan anjuran PERKESO
- Langkah 4: Mengemaskini aktiviti log bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFuturejobs mengikut syarat yang telah ditetapkan;
- Langkah 5: Terima bayaran mengikut aktiviti yang dijalankan.
Tarikh permohonan SIP PRIHATIN 2.0 dibuka sejak 15 Julai 2021, dan ditutup pada 31 Disember 2021.
Bagi maklumat lengkap dan teperinci berkenaan SIP PRIHATIN 2.0, rujuk – DI SINI.