Dengan membawa slogan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, Bajet 2022 telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada petang tadi.
Pelbagai inisiatif dan penambahbaikan telah diperkenalkan di bawah Bajet 2022 bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terus terbela. Antara inisiatif dan bantuan yang diperkenalkan adalah: –
1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Menerusi BKM, isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 sebulan akan menerima bantuan kewangan seperti berikut:
- Mempunyai lebih tiga anak: RM2,000
- Mempunyai 2 atau 1 anak: RM1,500
- Tidak mempunyai anak: RM1,000
Selain itu, ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan juga boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.
2. Bantuan Awal Persekolahan
Kerajaan akan memperkenalkan bantuan kewangan sebanyak RM150 sebagai Bantuan Awal Persekolahan bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Jumlah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM450 juta ini dijangka akan memanfaatkan tiga juta murid yang layak.
3. Tablet kepada setiap pelajar B40
Kerajaan akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira- kira RM65 juta.
4. Baucar Perlindungan Tenang ditingkat kepada RM75
Berbeza dengan tahun ini yang menetapkan Baucar Perlindungan Tenang sebannyak RM50, Bajet 2022 meningkatkan jumlah itu kepada RM75 dan boleh ditebus oleh mereka yang layak.
Malah, baucar berkenaan boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022. Untuk cara menebus Baucar Perlindungan Tenang – KLIK SINI.
5. Bantuan Kepada Penjawat Awam
Kerajaan memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700. Pesara kerajaan pula akan menerima bantuan sebanyak RM350.
Untuk maklumat lanjut dan terperinci berkenaan Bajet 2022, rujuk – DI SINI.