Pelbagai jawatan kosong terkini dibuka di MATRADE ~ Gaji dari RM1,352 sehingga RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI HAL EHWAL EKONOMI – GRED E41 
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,083 – RM9,549
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  3. SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  5. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL EKONOMI – GRED E29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas:
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Untuk syarat-syarat kelayakan lengkap setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Penempatan

Penempatan jawatan adalah di Ibu Pejabat MATRADE: Menara Matrade, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Manakala, untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi – Gred E29 pula adalah di Pejabat MATRADE Wilayah Selatan: Suite 6B, Level 6, Menara Ansar, No.65 Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor

Cara Memohon

Bagi yang berkelayakan dan ingin memohon, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Dalam masa sama, pemohon juga dikehendaki mengemukakan resume bergambar dan dihantar ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya resume sahaja yang perlu dihantar ke e-mel berkenaan, tanpa sebarang dokumen-dokumen lain – kerana dokumen-dokumen sokongan hanya akan diminta kemudian sekiranya perlu.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 05 NOVEMBER 2021 (JUMAAT).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Musim tengkujuh merupakan fenomena tahunan yang membawa hujan lebat, banjir, dan angin kencang, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara…
Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…