Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
- Klasifikasi: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
Cara Memohon
Bagi yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA – DI SINI.
Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini, keputusan akan dimaklumkan melalui emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan bagi menghadiri temuduga.
Manakala, bagi permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 15 NOVEMBER 2021 (ISNIN).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.