Bantuan PerantiSiswa, kerajaan akan beri tablet percuma kepada setiap pelajar IPT B40

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di bawah Bajet 2022, seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 29 Oktober lalu.

Pihak kerajaan juga memperkenalkan bantuan khusus kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari kalangan golongan B40.

PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Melalui program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kerajaan akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bagi tujuan itu, pihak kerajaan akan memperuntukkan RM450 juta, di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Dianggarkan seramai 600,000 pelajar IPT daripada keluarga B40 akan menerima manfaat ini pada tahun hadapan.

Menurut Tengku Zafrul lagi, bantuan ini diperkenalkan bagi meringankan beban para pelajar yang ada di antaranya terpaksa meminjam peranti kawan, atau terpaksa ke pusat internet di pekan, untuk membuat tugasan pengajian, terutamanya ketika tempoh pandemik ini.

“Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.” – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, katanya di Dewan Rakyat.

Dalam masa sama, pihak kerajaan turut memperkenalkan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 kepada para guru di negara ini.

Insentif ini adalah sebagai menghargai peranan para ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Untuk maklumat lengkap berkenaan Bajet 2022 boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…