BKC Fasa 2 dibayar pada bulan ini, tapi ini punca-punca kenapa BKC tidak diluluskan

Seperti mana yang dimaklumkan di bawah  Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas C-19 (BKC).

Bagi pembayaran BKC Fasa 2, ia akan dibayar kepada yang mereka yang layak pada bulan ini (November 2021) dengan kadar bayaran sebanyak antara RM300 hingga RM500. Untuk maklumat lanjut berkenaan pembayaran BKC Fasa 2, boleh baca – DI SINI.

Akan tetapi, walaupun BKC diberikan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, masih terdapat mereka yang tidak menerima BKC atas alasan tidak layak.  Berikut adalah antara punca-punca utama kenapa BKC tidak diluluskan: –

Punca-punca BKC tidak diluluskan

Untuk makluman, semakan kelayakan BKC akan dibuat berdasarkan data permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Berikut adalah alasan-alasan tidak lulus BKC berdasarkan data BPR 2021:

  • Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021;
  • Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia;
  • Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak;
  • Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
  • Bekerja / menetap di luar negara.

 

Manakala, data percukaian pula:

  • Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
  • Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40;
  • Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020;
  • Pembayar cukai meninggal dunia;
  • Bekerja / menetap di luar negara.

 

Cara Semak BKC

Untuk membuat semakan BKC, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKC atau KLIK SINI.

Ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Klik Log Masuk atau Semakan Status;
  • Masukkan Nombor MyKad;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan BKC dan lengkap, ia boleh dirujuk – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…