Pelbagai jawatan kosong dibuka di KWAP ~ Kelayakan dari Diploma hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. KERANI, PUSAT PANGGILAN
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Cyberjaya, Selangor
  2. KERANI, JABATAN PERKHIDMATAN PENCEN 
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Cyberjaya, Selangor
  3. ASSOCIATE, PEREKRUTAN DAN PERANCANGAN TENAGA KERJA
    • Taraf jawatan: Sepenuh Masa
    • Penempatan: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris;
  • Boleh bertugas di penempatan yang ditetapkan.

*Untuk senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…