Cara mendaftar & mendapatkan sumbangan khas RM480 untuk golongan suri rumah B40

Dalam usaha membantu golongan suri rumah untuk mempunyai simpanan sendiri, pihak kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah insentif khas dikenali sebagai i-Suri.

Melalui i-Suri, golongan suri rumah yang tidak bekerja tetap boleh membuat caruman di KWSP, sekaligus menjadi salah satu aset yang dapat dimanfaat di hari tua nanti.

Berikut adalah keterangan lanjut bekenaan i-Suri: –

Manfaat i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500.

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 60 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

Berkenaan pihak yang boleh mencarum di i-Suri, ia boleh dilakukan oleh suri rumah (isteri) atau suami kepada pasangan yang layak.

Cara Mendaftar

Kepada suri rumah yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran i-Suri boleh dibuat di mana-mana cawangan atau kios KWSP terdekat dengan membawa MyKad. Senarai pejabat dan kios KWSP boleh rujuk – DI SINI.

Dalam masa sama, caruman i-Suri juga boleh dibuat dengan pelbagai kaedah, seperti:

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Kaunter KWSP;
  • Ejen Bank Berdaftar BSN.

 

Untuk maklumat lebih lanjut dan terperinci berkenaan i-Suri, boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian: 03-8922 6000 atau layari portal rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…