Temuduga terbuka 200 kekosongan jawatan di PANASONIC ~ Gaji RM2,000 hingga RM2,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan kekosongan jawatan ini akan melalui temuduga secara dalam talian anjuran Pejabat PERKESO Negeri Selangor dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga yang akan diadakan: –

Maklumat Jawatan

PRODUCTION TRAINEE

  • Kekosongan: 200
  • Gaji: RM2,000 – RM2,499

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kelulusan minima Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Boleh membaca, mengira dan menulis;
  • Sanggup berkerja syif dan lebih masa (OT).

Bidang Tugas

  • Menjalankan kerja-kerja pengeluaran seperti memproses, membungkus dan memeriksa produk;
  • Menjalankan pemantauan berterusan terhadap produk atau proses untuk memastikan kualiti produk mengikut piawaian syarikat;
  • Menjalankan tugasan pengeluaran lain seperti yang diarahkan.

Faedah & Kelebihan

  • Elaun kerja syif;
  • Elaun makan untuk kerja lebih masa;
  • Bonus;
  • Caruman KWSP, Perlindungan PERKESO dan EIS;
  • Cuti tahunan dan cuti sakit;
  • Kemudahan asrama dan pengangkutan disediakan;
  • Rawatan hospital dan perlindungan insurans;
  • Klinik panel dalam premis (In-house) dan luar.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan membuat pra-pendaftaran temuduga – DI SINI.

Maklumat temuduga pula adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 23 November 2021 (Selasa)
  • Masa: 9.00 Pagi – 3.00 Petang
  • Medium: Whatsapp Video Call

 

Calon juga boleh memilih tarikh lain bagi temuduga, seperti mana yang dinyatakan di borang pra-pendaftaran dan wajib hadir jika telah memilih tarikh berkenaan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas Cik Farzana di talian: 016-369 0803.

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…