Pengambilan pelbagai kekosongan jawatan di LKIM: Gaji dari RM1,205 hingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG JURUAUDIT – W29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  2. PEMANDU KENDERAAN – H11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  3. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939
  4. PEMBANTU OPERASI – N11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  5. PEMBANTU JURUAUDIT – W19 
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  6. PEMBANTU KHAS, PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT – N19 
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN OPERASI) – N19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  8. PEMBANTU EHWAL EKONOMI – E19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  9. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  10. PEGAWAI EHWAL EKONOMI – E41
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,083 – RM9,549
  11. JURUTERA – J41
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  12. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  13. PEMBANTU AKAUNTAN – W19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  14. AKAUNTAN – W41 (A)
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,820 – RM9,585
  15. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  16. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI – E29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  17. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di e-Pengambilan Kakitangan LKIM – DI SINI.

Kepada yang belum mendaftar, calon dikehendaki mendaftar dahulu di sistem berkenaan sebelum mengemukakan sebarang permohonan jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 03 DISEMBER 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…