Syarat-syarat kelayakan & cara pelaksanaan bantuan e-Dompet RM150 di bawah Bajet 2022

Seperti mana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan kembali bantuan e-dompet.

Jika di bawah Belanjawan 2021, kerajaan memperkenalkan e-Belia, pada tahun hadapan – pemberian eStart pula diperkenalkan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Ia melibatkan sumbangan wang di dalam e-dompet sebanyak RM150 yang boleh ditebus oleh mereka yang layak.

Syarat-syarat Kelayakan

Berkenaan dengan eStart – ia akan diberikan kepada:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Bantuan ini juga melibatkan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sama ada awam dan swasta.

 

Bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta ini dijangka akan memanfaatkan lebih dua juta belia dan boleh menggunakannya bagi membuat pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

Cara Pelaksanaan

Seperti mana pelaksanaan e-Belia sebelum ini, pelaksanaan eStart juga dijangka sama dengannya dan jumlah bantuan itu boleh ditebus melalui aplikasi e-tunai terlibat, seperti:

  • BigPay;
  • Boost;
  • ShopeePay;
  • Touch ‘n Go eWallet.

 

Dimaklumkan juga bahawa, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit bantuan berkenaan daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja.

Akan tetapi, cara pelaksanaan rasmi bantuan eStart ini masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk pelbagai lagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan Bajet 2022, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…