Bantuan RM2,000 untuk isi rumah B40 bermula pada tahun depan di bawah Bajet 2022

Seperti mana yang diumumkan ketika pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai kesinambungan bantuan kewangan di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

BKM juga dipekenalkan sebagai bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan ini turut merangkumi pelbagai kategori penerima, seperti Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang mengikut peruntukan khusus setiap penerima.

Jumlah Bantuan

Pembayaran BKM adalah dari RM350 sehingga RM2,000 mengikut ketegori penerima:

Dalam masa sama, kadar tambahan juga diberikan kepada penerima isi rumah dengan jumlah berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

 

Permohonan BKM

Dimaklumkan bahawa data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Dalam masa sama, permohonan baharu BKM perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Manakala, bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Pembayaran BKM

Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun, di mana tarikh pembayaran itu akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

Pembayaran BKM juga akan mengikut kaedah BPR iaitu melalui kaedah:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC.
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN.

 

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan BKM juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…