Temuduga Khas pelbagai jawatan di 3 buah syarikat ~ Gaji dari RM1,300 hingga RM20,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Ibu Pejabat SIP Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Putrajaya akan menganjurkan temuduga khas tertutup bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Temuduga ini akan melibatkan 3 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan temuduga yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. FPT SOFTWARE MALAYSIA SDN BHD
    • Pembangun Perisian
    • Penganalisa Sistem
    • Pereka UX
    • UX Lead
    • Arkitek Teknikal
    • Solution Architect
    • Tester
    • Ketua Teknikal
  2. HEXOSYS SDN BHD
    • Software / Protocol Test-Case Developer
    • Jurutera Perisian Senior
    • Jurutera Reka Bentuk Perkakasan (FPGA) Senior
    • Full Stack Developer
    • Penjaga Pejabat (Admin)
  3. THE INTERNATIONAL MODERN ARABIC SCHOOL SDN BHD
    • Guru Islamiyat
    • Jururawat Sekolah
    • Guru Matematik
    • Guru Fizik
    • Guru Bahasa Inggeris

 

Syarat-syarat Kelayakan & Gaji

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Tawaran gaji adalah dari RM1,300 sehingga RM20,000 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Untuk maklumat lengkap gaji setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang prndaftaran atas talian berkenaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 DISEMBER 2021 (RABU).

Calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil untuk menyertai sesi temuduga secara atas talian.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas En. Kim Nazreen di talian: 011-2380 5832

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…