Dewan Bahasa dan Pustaka buka pelbagai kekosongan jawatan: Gaji dari RM1,352 hingga RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    1. Kekosongan: 2
    2. Gaji: RM1,493 – RM5,672
    3. Penempatan: DBP Ibu Pejabat
  2. PENOLONG AKAUNTAN – W29
    1. Kekosongan: 1
    2. Gaji: RM1,498 – RM5,678
    3. Penempatan: DBP Ibu Pejabat
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
    1. Kekosongan: 26
    2. Gaji: RM1,352 – RM4,003
    3. Penempatan: DBP Ibu Pejabat, DBP Hulu Kelang & DBP Cawangan Sarawak
  4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19
    1. Kekosongan: 1
    2. Gaji: RM1,353 – RM4,005
    3. Penempatan: DBP Ibu Pejabat

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan berkenaan.

*Senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem E-Pengambilan DBP – DI SINI.

Hanya calon disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Manakala, permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh akhir permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2021, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…