Kekosongan jawatan terkini di Jabatan Kehakiman Syariah: Gaji RM2,418 hingga RM9,607

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI SYARIAH – GRED LS41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Gaji Minima: RM2,418
  • Gaji Maksimum: RM9,607
  • Kenaikan Tahunan: RM225
  • Kekosongan: 1
  • Simpanan: 20

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah;
  • Bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah;
  • Membuat persediaan ‘ground of judgement’ kes-kes rayuan;
  • Membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah;
  • Mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.

 

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan kekosongan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 13 DISEMBER 2021, ISNIN (11.59 MALAM).

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…