Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia pada 9 – 11 Disember: Lebih 10,000 peluang pekerjaan disediakan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia dari 9 hingga 11 Disember 2021 ini.

Karnival itu nanti akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti:

  • Pameran Agensi Kementerian Sumber Manusia;
  • Bengkel kerjaya;
  • Kaunseling kerjaya;
  • Temuduga terbuka kepada semua golongan.

 

Karnival ini juga akan menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan khusus kepada golongan pencari kerja dari kalangan lepasan sekolah, graduan dan sebagainya.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan karnival kerjaya yang bakal berlangsung: –

Syarikat-syarikat Terlibat

Berikut adalah antara majikan-majikan yang terlibat di karnival ini:

  1. ExxonMobil Malaysia
  2. Golden Screen Cinemas
  3. KPMG Malaysia
  4. Prasarana Malaysia Berhad
  5. Panasonic Malaysia Sdn Bhd
  6. DRB-HICOM Berhad
  7. Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd
  8. Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd
  9. Bank Muamalat Malaysia
  10. Mydin Mohamed Holdings Berhad
  11. Guardian Health And Beauty Sdn Bhd
  12. McDonald’s Malaysia
  13. AEON CO. (M) Bhd
  14. Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii)
  15. 7-Eleven Malaysia
  16. TM ONE
  17. Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd
  18. GINTELL (M) Sdn Bhd
  19. Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd

Cara Mendaftar

Kepada yang berminat, karnival kerjaya ini akan berlangsung seperti maklumat di bawah:

  • Tarikh: 09 – 11 Disember 2021
  • Masa: 9:00 Pagi – 5:00 Petang
  • Tempat: Dewan 6, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

 

Untuk mereka yang ingin menyertai karnival ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Lebih menarik lagi, pihak penganjur juga akan memberikan hadiah menarik kepada 100 peserta terawal yang mendaftar dan hadir sepanjang karnival ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal berlangsung ini, calon boleh menghubungi pegawai bertugas di talian:

  • Cik Ummee: 019 – 250 3565
  • Cik Fitrah: 019 – 607 9532
  • Cik Syaqirah: 019 – 607 8905

 

Dimaklumkan juga bahawa para peserta dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berada di karnival itu nanti.

Hebahan rasmi karnival ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…